Siapakah dia..
Yang sering mewarnai hari ku..
Seolah-olah matahari tersenyum manja pada ku..
Dengan hanya senyuman manisnya..
Siapakah dia..
Yang selalu membuatkan..
Jantung ku berdegup kencang..
Dengan sinar matanya yang menggoda..
Siapakah dia..
Yang membuatkan lidah ku kelu..
Untuk menyapanya..
Setiap kali bertemu..
Siapakah dia..
Yang seringkali membuatkan aku..
Merasa hampa setiap kali terlepas bayangnya..
Siapakah dia..
Yang sering hadir disetiap mimpi ku..
Dan membuatkan ku tersenyum pabila terjaga..
Siapakah dia..
Yang selalu membuatkan aku..
Merasa rindu yang amat mendalam..
Apabila tidak mendengar khabarnya..
Siapakah dia..
Yang membuatkan aku berharap..
Agar aku mendapat..
Walau sedikitpun ruang dihatinya..
Siapakah dia..
Yang membuatkan aku patah hati..
Apabila mengetahui bahawa..
Dirinya sudah berkasih..
Siapakah dia..
Yang membuatkan hati ku pilu..
Jangtung ku remuk..
Raga ku kosong..
Hidup ku seolah-olah tiada cahaya dan warna..
Menangis sunyi disetiap malam..
Saat mengetahui dirinya sudah..
Menemui bidadarinya yang akan menemaninya disyurga kelak..
Dan..
Itu bukanlah aku..