Aku sedar bila tanpa diri mu ku rasakan dunia nie terhenti..
lambat..kaku dan tidak bermaya..
bagaikan otak ku terhenti berfikir apa yang perlu aku lakukan tanpa kau di sisi..
rindu ku bagai membungkam raga ku..
membuat ku terhenti menghela sekali pun..
jiwaku sesak..dan kosong..
mendengar suara mu bagai terhenti nafas ku..
untuk ku dengar dan terus masuk ke jiwa ku..
agar tidak di ganggu..
agar aku tidak terlepas dari mendengar setiap butir bicara mu..
andai tuhan mendengar rintihan ku..
bertemu mu ingin sekali ku hentikan seluruh maya nie agar hanya
kau dan aku menikmati nya bersama..
agar masa itu panjang untuk kita berdua sahaja..
adakah kau rasa..terhenti segala-galanya apabila sudah jatuh cinta..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan